Kesahan (validity)
- keadaan di mana pentaksiran mengukur apa yang diperlukan bagi tujuan tertentu dan keputusan seperti yang diterjemahkan dan digunakan adalah bermakna dan mewakili pengetahuan atau kemahiran spesifik.
Kebolehpercayaan (reliability)
- nilai ketekalan, kestabilan keputusan atau hasilan pentaksiran.
- Definisi - darjah atau tahap di mana pentaksiran adalah bebas dari ralat pengukuran.
Keadilan (fairness)
- prosedur pentaksiran yang tidak mendiskriminasikan kumpulan pelajar tertentu
- contoh - pelajar dari pelbagai kaum, etknik, kumpulan gender atau pelajar yang kurang upaya.
- Ketiga-tiga faktor ini mewakili elemen-elemen sebuah sistem pentaksiran yang baik.
- Prosedur atau hasilan pentaksiran yang menunjukkan nilai kesahan yang tinggi tetapi nilai kebolehpercayaan yang rendah sebenarnya menunjukkan kesahan yang rendah dan tidak boleh digunakan secara terus kerana perbezaan skor pelajar dan masa berkemungkinan disebabkan oleh ralat rawak dan bukan disebabkan perbezaan sebenar pencapaian mereka.
- Pentaksiran yang mempunyai bilangan kebolehpercayaan yang tinggi tetapi nilai kesahan yang rendah menunjukkan dengan tepat pengukuran sesuatu yang bukan dihajati dan keputusannya adalah tidak bermakna jika dikaitkan dengan tujuan yang dikehendaki.
- Oleh kerana ianya hanya mewakili pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diukur, ianya menjadi tidak perlu.
- Pentaksiran yang dianggap mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi tetapi mendiskriminasikan kumpulan pelajar tertentu hendaklah tidak digunakan kerana ianya didapati tidak adil dan seterunya tidak sah.
- Sungguhpun ketiga-tiga indikator tersebut adalah menjadi keperluan, kesahan merupakan faktor yang terpenting. Namun begitu, pendidik atau guru banyak memberi tumpuan dan mencari bukti mengenai kebolehpercayaan dan tidak menitikberatkan hal kesahan.
Kesahan dan Kebolehpercayaan (Validity and Reliability)
- Untuk memastikan pentaksiran adalah sah dan bolehpercayai, mereka hendaklah bebas dari ketidakadilan dan menyeleweng. Kesahan dan kebolehpercayaan adalah dua konsep penting dalam mendefinisikan dan mengukur dan penyelewengan.
- Merujuk kepada ketepatan pentaksiran samada ianya mengukur apa yang patut diukur. Walaupun ujian itu dikatakan boleh dipercayai tetapi ia mungkin tidak memberikan pengukuran yang sah.
- Kita ambil contoh pengunaan alat penimbang berat badan yang menunjukkan secara konsisten berat badan anda adalah 50 Kg. Kebolehpercayaan atau reliabiliti skala tersebut adalah baik tetapi ianya adalah tidak tepat atau sah (valid) kerana berat badan anda yang sebenar adalah 70 Kg (mungkin anda telah melaras semula alat penimbang badan anda diwaktu pagi).
- Oleh kerana pendidik dan guru, ibubapa dan pihak sekolah membuat keputusan terhadap murid berdasarkan pentaksiran (seperti gred, kenaikan atau penempatan dan pengraduan), kesahan yang dimaksudkan dari pentaksiran adalah memadai bahkan lebih bermakna dari nilai kebolehpercayaan. Ujian yang mempunyai nilai kesahan adalah biasanya boleh dipercayai.
- Kesahan adalah dimana pengukuran dan pentaksiran diperlukan bagi sesuatu tujuan dan keputusan, dimana mereka diterjemahkan dan digunakan secara bermakna dan menyeluruh untuk mewakilil pengetahuan dan kemahiran tertentu. Definisi ini menekankan kepentingan dan tujuan kegunaan apabila membentuk dan memilih prosedur pentaksiran. Prosedur tersebut mestilah mentaksir pengetahuan dan kemahiran (atau matlamat pembelajaran, hasilan atau objektif) yang dikatakan diukur. Jenis maklumat yang dihasilkan hendaklah berguna bagi tujuan tertentu.
- Sejak dahulu lagi, pakar pengukuran membincangkan mengenai jenis-jenis kesahan termasuk kesahan kandungan (content), kesahan konstruk (construct), kesahan serentak (concurrent) dan kesahan ramalan (predictive).
Pengukuran
- Pengukuran adalah proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif bagi sesuatu ujian pembelajaran dan di nyatakan dalam unit pernomboran atau peratusan atau gred mengunakan skala ordinal, skala jeda (interval) bagi menentukan kedudukan dan pencapaian murid di bilik darjah atau tahap yang sama
- skala ordinal digunakan untuk pangkatan gred atau kedudukan murid mengikut pencapaian markah
- skala jeda (interval) mengandungi unit markah yang sama pemberatan dengan nilai tersendiri dan digunakan untuk membandingkan gred diantara bilik darjah dan lain-lain
- skala ordinal menentukan kebolehan murid dengan/dan pencapaian
- skala Interval merangkumi markah dan gred bagi membandingkan tahap pencapaian di antara murid di dalam bilik darjah
pengujian
- Pengujian adalah satu cara sistematik bagi mengukur perubahan sikap individu - Gagne. R.M tahun 1965
- Sesuatu ujian adalah untuk mengukur sikap dan tingkahlaku murid terhadap aktiviti yang diperolehi adalah instrumen pengukuran bagi memperolehi maklumat mengenai pencapaian murid dalam bidang atau domain kognitif , psikomotor dan afektif adalah perlu untuk menunjukkan aktiviti murid dalam perubahan tingkahlaku melalui pemerhatian atau ujian formal bermula dengan peringkat pembinaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat pemeringkatan bagi memastikan murid menguasai kemahiran tertentu dan memperolehi pengetahuan yang di berikan
Tujuan Pengukuran
- Menempatkan murid ke aliran yang sesuai
- Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu
- Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu
- Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu.
- Penilaian didefinisikan sebagai proses bagi menentukan, mendapatkan dan menyediakan maklumat berguna untuk tujuan dan matlamat yang di perlukan.
- Penilaian adalah satu sistem atau proses yang merangkumi aktiviti mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menganalisa dan menterjemahkan keputusan
- Penialain adalah satu proses kualitatif
- Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, analisis dan penterjemahan
- Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
- Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran bagi membolehkan aktiviti pengayaan dan pemulihan
- Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancangan strategi pengajaran yang lebih berkesan
- Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan
- Mentaksir keberkesana pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM
Tujuan Pengujian
- Menentukan perubahan tingkahlaku murid
- Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu
- Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian
- Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran
- Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat
- Pentaksiran adalah dari perkataan Latin yang bermaksud "duduk bersama" dengan pembelajar dan mengesahkan respon adalah bermaksud dengan apa yang dimaksudkan.
Jenis-jenis pentaksiran
a. Pentaksiran Formatif
- direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran apa yang dipelajari
- dijalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan, kuiz dan kerja-rumah
- kesilapan di perbetulkan serta merta
- boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil dan kertas
- keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid
- membuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkan kumpulan pelajar mengikut tahap, menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan
Pentaksiran Sumatif
- meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan ketika sesi persekolahan, pertengahan tahun dan akhir tahun
- biasanya ujian pensil dan kertas yang formal atau ujian bertulis digunakan untuk menentukan dan memberi gred
- digunakan untuk menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh digunakan untuk tujuan mengadakan aktiviti susulan , pemulihan dan pengayaan
- di catatkan didalam rekod kemajuan murid, untuk membuat pemilihan dan penempatan ke aliran kumpulan yang sesuai
- dijalankan terutamanya untuk menentukan pencapaian dalam kelas dan membuar perbandingan diantara satu dengan lain
- dijalankan pada pertengahan tahun, akhir tahun pengajian seperti UPSR, Penilaian Berasaskan Sekolah (SBE), PMR, SPM dan STPM
- Menentukan gred mengikut tahap pencapaian dan sijil diberikan
Pentaksiran Kemajuan/Pencapaian
- digunakan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid dalam keadaan sebenar
- digunakan untuk menentukan sejauhmanakah murid tahu dan berupaya melihat potensi diri
- dikenali juga dengan nama pentaksiran auntentik
- mentaksir kemajuan berdasarkan sikap, tingkah laku, personal dan pembangunan social
- mengunakan skala pemerhatian dan Likert
- pencapaian berasaskan persampelan pemikiran
- menghendaki murid menjawab soalan, menyelesaikan masalah, menulis atau menjalankan sesuatu akitiviti
- pameran atau persembahan
- mengunakan dan memerlukan kompetensi murid tentang menunjukkan kebolehan visual, persembahan , kemahiran atau lisan
- portfolio
- pencapaian dan kebolehan berterusan berasaskan koleksi tugasan sebenar, hasilan lukisan. penulisan, ujian , kuiz
Pentaksiran Pensil dan Kertas
- melibatkan kemahiran bahasa
- murid perlu memperolehi kemahiran membaca dan memahami dan kemahiran menulis
- kecuali ujian lisan dan persembahan
- mengunakan kemahiran kognitif
- objektif (dalam bentuk jawapan pendek, melengkapkan atau aneka pilihan (MCQ) dan ujian subjektif (esei terbuka, fakta dan esei terarah)
- digunakan sebagai ujian kebolehan dalam pendidikan jasmani
- ujian kelajuan bagi mengukuri kepantasan seperti lari 100 meter , Malaysian Teacher Selection Test (MTest)
- ujian ketahanan bagi mengukur tahap ketahan dan kecergasan murid pendidikan jasmani Pentaksiran Pemerhatian
- teknik alternatif yang digunakan sebagai penilaian formatif tingkahlaku murid juga digunakan untuk aktiviti pembelajaran, pentaksiran persembahan, dan akitviti amali
- PE, bengkel
- kaedah yang digunakan adalah berstruktur (sistematik), tidak berstrukutur (kritikal) dan pemerhatian separa struktur
- mengunakan borang atau senarai semak
Pentaksiran Rujukan Norma
- Digunakan untuk membandingkan pencapaian individu dengan individu yang lain atau diantara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain dengan mengunakan keputusan dari ujian yang sama
- Sejenis ujian sumatif
- PMR, UPSR, SPM, STPM
- Aras kesukaran ujian ditetapkan pada tahap 25% mudah,50% sederhana dan 25% sukar
- ujian rujukan norma menpunyai kekurangan; keputusan ujian tidak mengambarkan samada murid adalah bersedia untuk bergerak keperingkat lebih tinggi atau lebih baik
- ujian rujukan norma juga tidak sesuai untuk mengukur objekif afektif dan psikomotor
- sikap dan nilai adalah bersifat peribadi , oleh itu, membandingkan diantara murid lain adalah tidak sesuai; untuk mengukur pembelajaran psikomotor satu ketetapan keterangan adalah perlu untuk membuat penghakiman keatas sesorang individu
- ujian rujukan norma mengalakkan persaingan dan perbandingan terhadap skoran
No comments:
Post a Comment